Dengan merujuk kepada tamadun Mesopotamia, Mesir dan China bincangkan peranan raja dalam sistem pemerintahan tamadun-tamadun awal .
Pendahuluan :
- Sistem pemerintahan beraja merupakan suatu sistem pemerintahan yang memberikan kuasa mutlak kepada seorang raja yang selalunya mendakwa mereka menaiki takhta kerana hak turun temurun iaitu sudah menjadi hak semula jadi mereka dan tidak tertakluk kepada kuasa parlimen atau institusi tertentu.
- Raja-raja dianggap sebagai jelmaan tuhan @ bayangan tuhan. Mereka menggunakan ketenteraan, agama dan mitos-mitos tertentu sebagai langkah untuk mengukuhkan kedudukan mereka.
Sejarah pemerintahan beraja :
- Mesir : Apabila Raja Menes menyatukan Mesir Utara dan selatan telah mengisytiharkan dirinya sebagai raja. Raja-raja Mesir menggunakan gelaran Firaun.
- Mesopotamia : bermula pada 300M apabila raja-raja mengetuai negara kota seperti Ur, Urech, Kish dll.
- China : Dimulakan oleh Shih Huang Ti (Dinasti Chin) dengan menggunakan gelaran Maharaja atau Huang Ti.
Isi :
Pentadbiran :
- Raja adalah ketua negara dan ketua pentadbir. Raja merupakan sumber autoriti dan mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran. Raja dipercayai mendapat mandat dari syurga atau tuhan untuk memerintah sesebuah negara.
- Raja akan melantik pegawai-pegawai dari kalangan anggota kerabat diraja dan diberi mandat untuk menjalankan tugas-tugas rasmi dalam bidang keagamaan, melayan aduan-aduan rakyat, meraikan duta-duta asing dan hal-hal pentadbiran.
Contoh:
- Di Mesopotamia : Setiap negara kota ditadbir oleh seorang raja berkuasa mutlak. Setiap negara kota dimiliki oleh dewa yang berlainan. Raja yang memerintah negara kota dianggap menjalankan tugas bagi pihak dewa. Raja dianggap sebagai wakil masyarakat yang dipilih oleh tuhan atau dewa untuk menjalankan pentadbiran negara.
- Di Mesir : Wazir dilantik oleh Firaun harus mengadap raja setiap hari untuk melaporkan tentang perkembangan negara.
- Di China : Maharaja melantik pegawai dan memberi mandat untuk menjalankan tugas.
Keagamaan :
- Raja sebagai ketua agama, ketua paderi atau ketua rumah berhala.
- Raja bertanggungjawab dan terlibat dalam upacara keagamaan yang dikendalikan oleh golongan bangsawan atau pendeta.
Contoh:
- Mesopotamia : Antara tugas raja yang dinggap suci ialah membina, memelihara dan mengurus rumah ibadat. Raja mempunyai kuasa mutlak untuk melantik paderi-paderi dan aktif dalam perayaan-perayaan keagamaan. Raja-raja dan putera mereka turut terlibat dalam mengangkut batu-batu bagi membantu kerja-kerja pembinaan rumah ibadat.
- Mesir : Kedudukan raja sangat berpengaruh. Firaun dianggap sebagai tuhan yang mempunyai kuasa luar biasa yang boleh mengharmonikan kehidupan manusia.
Kehakiman :
- Raja sebagai ketua hakim dan pengubal undang-undang. Raja berada di atas undangundang dan tidak boleh didakwa kesalahannya.
Contoh :
- Mesir : Raja bertindak sebagai ketua hakim dan bertanggungjawab menwujudkan keamanan, keselamatan dan keadilan dalam negeri.
- Mesopotamia : Raja sebagai ketua hakim dan bertanggungjawab mewujudkan keadilan. Raja memastikan golongan kaya dan berpengaruh tidak menindas rakyat miskin dan memastikan rakyat mendapat layanan yang sewajarnya.
- China : Maharaja mempunyai kuasa tertinggi dan sumber segala undangundang. Maharaja berkuasa mutlak dalam segala hal.
Ketenteraan :
- Raja sebagai ketua tentera atau ketua panglima tentera.
Contoh:
- Mesopotamia : Raja adalah ketua panglima tentera. Raja bertindak sebagai ketua tentera dalam peperangan. Selain itu raja bertindak sebagai perancang taktik dan strategi ketenteraan untuk menghadapi musuh dari luar atau peperangan sesama sendiri yang sering berlaku di antara sesama negara kota.
- Mesir : Raja sebagai ketua panglima perang. Tetapi dalam suasana perang, tentera diketuai oleh wazir bagi pihak Firaun. Firaun digambarkan mempunyai ciri-ciri kepahlawanan, kemahiran dan kekuatan luar biasa dalam medan peperangan dan perancang strategi untuk menewaskan musuh.
Kesimpulan :
- Tidak wujud pengagihan kuasa dari segi perundangan, eksekutif dan kehakiman dalam tamadun awal. Raja dilihat berperanan dalam semua bidang.
- Apa sahaja yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment