Bincangkan Ciri-ciri Sistem Pemerintahan Beraja di AlamMelayu
Pengenalan :
- Pemerintahan dapat didefinisikan sebagai institusi yang menggubal dasar dan peraturan serta melaksanakan keputusan-keputusan yang berkaitan dengan kepentingan awam.Terdapat pelbagai bentuk sistem pemerintahan dalam tamadun awal dunia yang bertujuan mengurus serta mentadbir sesebuah negara,menegakkan undang-undang negara,menegakkan undang-undang dan perpaduan rakyat. Sistem pemerintahan beraja merupakan sistem pemerintahan yang terawal dalam tamadun dunia. Pemerintahan beraja boleh dibahagikan kepada pemerintahan berpusat dan wilayah. Antara kerajaan awal di
- Alam Melayu yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja adalah seperti kerajaan Angkor, Srivijaya, Melaka, dan Majapahit.Terdapat pelbagai ciri sistem pemerintahanberaja di Alam Melayu sebelum abad ke15M.
Isi-isi :
Raja Sebagai Simbol Kosmos :
- Raja di alam Melayu sebelum abad ke 15M, adalah berasaskan konsep kosmologis.Raja merupakan simbol kosmos manakala rakyat berada di bawah penguasaannya.Lahir konsep dewaraja. Raja adalah jelmaan dewa Shiva,Vishnu,dan Buddha.Raja mempunyai kuasa suci dan berdaulat. Pemujaan dewa berkembang secara meluas di Alam Melayu pada zaman Hindu Buddha. Cth: Raja Air Langga dan Ken Arok dianggap sebagai penjelmaan dewa Vishnu.
- Di Srivijaya pula, raja dianggap sebagai penjelmaan Dewa Amoghapasha Avalokitesvara. Amalan pemujaan raja berkembang di Srivijaya dari abad ke 7hingga abad ke 14 M.Rakyat dikehendaki mencurahkan taat setia yang tidak berbelahbagi .Rakyat yang menentang raja akan menerima hukuman sepertiditimpa tulah.
Raja Berkuasa Mutlak :
- Raja merupakan autoriti tertinggi dalam pemerintahan negara. Raja memerintah dengan kuasa mutlak.Kekuasaan baginda dikukuhkan dengan cara mengaitkannya dengan asal-usul keturunannya dengan tokoh-tokoh terkenal seperti Iskandar Zulkarnain. Raja melebihi undang-undang dan hukuman ditangannya. Raja boleh mengampun kesalahan walaupun yang melakukan kesalahan adalah dirinya sendiri. Raja kekal daripada sebarang hukuman.
Raja Sebagai Ketua Dalam Semua Bidang :
- Raja bertindak sebagai panglima tentera,ketua hakim,ketua agama dan sebagainya. Dalam bidang ketenteraan, raja bertindak sebagai perancang, dan mengetuai pasukan tentera. Dalam hal-hal keagamaan, raja bertanggungjawab dalam pengurusan rumah ibadat, melantik ketua agama, serta upacara keagamaan. Raja berkuasa penuh dalam bidang kewangan, dan ekonomi seperti pungutan cukai, hasil pertanian, perniagaan dan semua perkhidmatan. Raja dianggap tuan punya tanah.
Raja Sebagai Ketua Eksekutif :
- Dalam pentadbiran beraja di Alam Melayu sebelum abad ke 15M, raja merupakan ketua tertinggi dengan dibantu oleh golongan bangsawan. Raja dibantu oleh golongan kerabat diraja yang dilantik seperti bendahara, laksamana, temenggung, syahbandar dan lain-lain di Melaka. Di Srivijaya pula, terdapat jemaah menteri yang menasihati raja dalam perkara yang berkaitan dengan masalah rakyat jelata.
Raja Mempunyai Daulat dan Kesaktian :
- Raja dianggap mempyai daulat dan kesaktian. Pada zaman Srivijaya, konsep daulat berkembang apabila raja dikaitkan dengan pelbagai mitos tentang asal-usul, jurai keturunan, salasilah serta kelebihan fizikal dan kerohaniannya. Dari segi keturunan, raja-raja dikaitkan dengan dewa-dewa yang dianggap suci. Daulat juga dihubungkan dengan tuah yang dimiliki oleh raja. Apabila keadaan dalam Negara aman dan makmur, maka raja dianggap berdaulat. Rakyat dikehendaki menumpahkan taat setia yang tidak berbelahbagi terhadapnya. Sesiapa yang menentang raja dianggap menderhaka. Penderhaka akan ditimpa tulah dan sumpahan.
Kesimpulan :
Jelaslah bahawa kerajaan-kerajaan awal di Alam Melayu mengamalkan pemerintahan beraja. Sistem beraja di Alam Melayu sebelum abad ke 15M merupakan gabungan sistem tempatan dan pengaruh agama Hindu serta Buddha. Raja berkuasa menggubal undang-undang untuk mengukuhkan kedudukannya, menjatuhi hukuman mati, memegang jawatan penting dan bertindak menurut keperluannya.
No comments:
Post a Comment