LATAR BELAKANG
- Kerajaan Maritim – Ciri-ciri kerajaan Maritim
- Keruntuhan Kerajaan Funan – Abad ke 5M
- Muncul beberapa Empayar Melayu – Srivijaya, Majapahit, dan Melaka
- Srivijaya diasaskan oleh Dapunta Hiyam muncul abad ke-7 hingga abad ke-13M. Berjaya mencapai zaman kegemilangan sebagai empayar unggul di Nusantara sebelum Majapahit dan Melaka berperanan sebagai pelabuhan entreport.
- Kerajaan Melayu Melaka muncul awal abad ke-15M menjadi empayar kukuh di Nusantara dan menjadi pusat perdagangan antarabangsa
- Srivijaya dan Melaka mengalami kemajuan dalam perdagangan antarabangsa tetapi faktor yang mendorong fenomena tersebut berbeza.
KEMUNCULAN
- Muncul pada abad ke 7M. Keunggulan dalam perdagangan dan politik di Alam Melayu sehingga abad ke-15M (Leonard & Waston Andaya “Sejarah Malaysia” 1983)
- Bukti inskripsi Kedukan Bukit (Palembang) – Pengasasnya ialah Dapunta Hiyam.
- Berkembang melalui penguasaan kawasan spt Melayu Jambi (775M), Kataha/ Kedah Tua (671M), Negeri2 di kawasan Segenting Kra (775M)
- Akhir abad ke 8 menguasai sepenuhnya jalan perdagangan Selat Melaka.
FAKTOR KEMUNCULAN
Menurut Abdul Rahman Hj Abdullah dalam “Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional”
(1989) menjelaskan bahawa;
“ kedudukan dan kekuatan mengawal perdagangan, kemudahan2
yang disediakan oleh kerajaan, jaminan keselamatan serangan lanun,
hubungan persahabatan dengan China, kekayaan sumber (hutan & laut)
serta pentadbiran yang cekap menyebabkan kemakmuran Srivijaya”.
- Peluasan Kuasa dan Kekuatan Tentera
- Peluasan kuasa melalui misi2 ketenteraan di Bangka, Tulang Bawang, Minangkabau, dan Tarumangara (Jawa Barat)
- Penguasaan di Semenanjung Tanah Melayu spt Kedah, hingga Ligor di pantai timur
- Penguasaan itu menyebabkan Srivijaya menguasai beberapa pusat perdagangan sekunder yang merupakan pelabuhan entrport penting di Selat Melaka spt Jenderam Hilir, Kuala Selising, Kota China dan Lembah Bujang.
- Sumber China – Abad ke 11M Srivijaya telah menguasai 14 buah pelabuhan utama Asia Tenggara. Penguasaan ini menyebabkan Srivijaya muncul sebagai negara Thallasocracy penting di Asia Tenggara
- Penguasaan Orang Laut,
- Menurut O.W. Wolters dlm buku “Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu” (1990) menjelaskan bahawa kejayaan Srivijaya terletak pada kemampuan pemerintahnya menguasai orang laut.
- Penguasaan ini penting kerana mereka sering merompak kapal2 yang melalui perairan Selat Melaka.
- Inskripsi Telaga Batu menyebut tentang pemerintah Srivijaya telah mengawal orang laut dengan melantik mereka sebagai tentera laut
- Menurut Nik Hassan Suhaimi dalam bukunya “ The Kindom of Srivijaya As Socio-Political and Entity” (1990) – seramai 20,000 orang laut dilantik menjadi tentera laut.
- Ketua2 orang laut juga dilantik sebagai hulubalng dan syahbandar di pelabuhan2
- Kekayaan Barangan Dagangan.
- Kawasan pendalaman kaya dengan damar, rempah, lada, wang-wangian, gading, kemanyan, kapur barus, kayu geharu, cendana, dll.
- Bahan dari laut – kulit kura2/ penyu, kulit kerang yang diperlukan di China dan Asia Barat.
- Barang dagangan dari luar spt dari China – tenbikar, seramik, sutera, dan belerang. Dari Asia Barat spt candu, manik, minyak wangi, permaidani, senjata, alat perhiasan dan alat muzik.
- Oleh itu srivijaya telah memainkan peranan sebagai;
- Tempat persinggahan kapal dagang.
- Pusat pengumpulan & penyebaran
- Pusat pengagihan barang dagangan.
- Peranan Tuhan Vatakvurah (penyelia Perdagangan)
- Berperanan mengawasi kegiatan Puhawang (anak kapal) dan Vaniaga (pedagang) tempatan yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa.
- Menetapkan harga dalam pasaran dan menyediakan kemudahan pedagang.
- Memungut hasil cukai perdagangan kepada kerajaan pusat.
5. Sistem Pentadbiran Yang Cekap & Sistematik,
- Gambaran inskripsi Telaga Batu jelas perlihatkan Srivijaya mempunyai sistem pentadbiran yang bersistematik dan teratur.
- Srivijaya merupakan sebuah Kedatuan (empayar) yang dibahagikan kepada beberapa Mandala. Mandala ini ditadbir oleh Datu (anak raja – Yuvaraja, Pratiyuvaraja, Rajakumara, dan Rajaputra).
- Datu akan dibantu oleh Parvanda (ketua tentera). Parvanda dibantu oleh Senapati (peminpin tentera daerah/ wilayah) dan Pratisara (komander tentera)
- Pegawai2 pentadbir lain spt Dandanayaka (hakim) Nayaka (Penghulu Bendahari), Pratyaka (Temenggung), Murdhaka (penghulu) Tuhan Vatakvurah (penyelia perdagangan) dan Kumaramatya (orang kaya-kaya)
- Kelas pekerja spt Kayastha (kerani), Sthapaka (arkitek), Puhawang (anak kapal), Vaniaga (pedagang), Vasikarama (tukang besi) Marsi Haji (tukang cuci raja) dan Hulun Haji (hamba raja)
- Pusat Pengajian Agama Buddha.
- Memainkan sebagai pusat pengajian agama Buddha di Asia Tenggara, India dan China.
- Raja2 Srivijaya juga telah memberi bantuan utk membina kuil-kuil di India. Cth pada 949M Raja Rajaputradeva telah membina sebuah kuil di Nalanda (India)
- Sumber China menurut Leonard & Watson Andaya dalam buku “Sejarah Malaysia” menjelaskan bahawa raja Srivijaya membina sebuah kuil Tao di Canton.
- Menurut I-Ching (mubaligh Buddha) dari China telah melawat Srivijaya pada 671M. Beliau menyebut ada sekumpulan 1000 orang sami belajar di Srivijaya.
- Jelas menurut Leonard & Watson Andaya – “Sejarah Malaysia” bahawa raja2 Srivijaya telah menggunakan kekayaan dari perdagangan utk membiayai pengajian agama dan membina yayasan-yayasan agama Buddha.
FAKTOR KEMEROSOTAN.
1. Mula mengalami kemerosotan pada abad ke 12M apabila negeri2 jajahan mula membebaskan diri daripada kerajaan pusat apabila kerajaan pusat sudah mula hilang cengkaman dan pengaruh keatas negeri2 jajahan.
2. Srivijaya juga mula menghadapi ancaman dari Empayar Majapahit dan Jawa Timur.
3. Permusuhan dengan Dinasti Chola (India Selatan) telah menyebabkan mereka menyerang dan menawan Raja Srivijaya pada 1025M
4. Kemunculan kerajaan baru seperti Melayu-Jambi telah menyebabkan kerajaan Srivijaya lenyap pada abad ke 14M
KESIMPULAN
.- Kemunculan empayar-empayar ini adalah kerana kejatuhan empayar-empayar yang lain pada masa itu.
- Namun setiap empayar telah menyumbangkan kepada pembangunan Negara dan bangsanya.
No comments:
Post a Comment