Followers

Laras Sains - Makanan Suplemen


Pengambilan makanan suplemen seperti pil-pil vitamin semakin popular di kalangan masyarakat dewasa ini. Sebenarnya, ada golongan tertentu yang memang memerlukannya. Akan tetapi, pengambilan tanpa rujukan pakar kesihatan mungkin membawa risiko kesihatan tertentu.
Berikan pendapat anda.
 Pengambilan makanan suplemen seperti pil-pil vitamin semakin popular di kalangan masyarakat dewasa ini.
 Sebenarnya, ada golongan tertentu yang memang memerlukannya.
 Akan tetapi, pengambilan tanpa rujukan pakar kesihatan mungkin membawa risiko kesihatan tertentu.
1. Golongan yang sibuk memang memerlukan makanan suplemen demi menjamin kesihatan.
 Golongan ini kekurangan senaman dan aktiviti riadah.
 Mereka juga sentiasa makan di luar kerana tiada masa menyediakan makanan sendiri.
 Maka mereka menghadapi masalah kekurangan zat makanan yang seimbang.
 Pengambilan Omega fish oil melidungi seseorang daripada menghidapi sakit jantung.
 Evening promrose oil mengimbangi hormon wanita yang sibuk.( tak cukup rehat/senaman/ keawetan wajah, cegah ketuaan)
 Pil-pil vitamin menjadi pelengkap kepada amalan pemakanan yang tidak seimbang.
 Satu kapsul vitamin mengandungi nutrien daripada 20 jenis sayur dan 15 jenis buah-buahan.
2. Pesakit juga perlukan makanan suplemen untuk memulihkan penyakit mereka.
 Pesakit barah memerlukan makanan suplemen berkhasiat tinggi.
 Mereka juga memerlukan makanan fiber tinggi.
 Pesakit goiter kekurangan khasiat makanan laut.(anemia: besi…
 Badan mereka juga kurang berupaya menyerap khasiat makanan laut.
 Jadi, makanan suplemen yang kaya dengan iodin penting.
 Pesakit tekanan darah tinggi pula memerlukan Tongkat Ali, Ling Zhi, Gin sheng dsn.
 Dengan makanan suplemen ini, pesakit akan lebih cepat sembuh.
Osteoporosis / archritis perlukan besi(ferum), kalsium, fosferus, kalium, garam mineral.
 Pesakit beri-beri kekurangan vitamin B. vitamin B perlu diambil dengan banyak.
3. Makanan suplemen menjamin tumbesaran normal dan meningkatkan daya pencegahan penyakit.
 Osteoporosis disebabkan tulang lemah, rapuh dan senang patah.
 Pengambilan kalsium seharian yang mencukupi membina tulang yang kuat.
 Kadar kehilangan jisim tulang dapat dielakkan.(Anlene, Calciumax
 Multivitamin dan susu tepung formula(Enflagrow) menjamin tumbesaran sel-sel otak kanak-kanak yang normal. /meningkatkan kecerdasan otak……
 Sisa dan toksid makanan yang diambil juga boleh dibersihkan melalui makanan suplemen seperti barangan 21st Century.
 Bakteria sihat dapat membersihkan toksid dalam kolon/usus kita.
 Jika tidak toksid itu akan meresap ke seluruh sistem badan kita.
 Makanan kaya dengan fiber, dan sumber sayur-sayuran serta buah-buahan juga penting.
 (enzim membantu penghadaman, spirulina
 Dengan ini, daya tahan penyakit akan meningkat.
Isi Negatif 1. Pengambilan bahan ini tanpa rujukan pakar kesihatan boleh menyebabkan keracunan.
• Sesetengah orang mungkin tidak sesuai mengambil makanan suplemen tertentu.
• Makanan yang mengandungi bahan garam mineral yang berlebihan boleh menyebabkan sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit dan pening.
• Pil-pil vitamin tertentu pula menyebabkan pengambilnya muntah-muntah dan badannya muncul bitik-bintik merah.
• Pengambilan dos/kuantiti yang berlebihan ini merosakkan sistem saraf dan fikiran seseorang.
• Daya ingatan mereka juga semakin merosot.
• Lebih serius lagi ialah mangsa mungkin menemui ajal.
Isi Negatif 2. Kerosakan organ juga boleh berlaku jika pengambilan bahan ini tanpa nasihat pakar.
• Ramai wanita kini mengambil pil langsing badan.
• Kononnya mahu menjaga kesihatan dan kecantikan bentuk badan.
• Dengan makanan suplemen ini kononnya sudah cukup menggantikan makanan normal.
• Malangnya, ramai orang mati kerana organ badan mereka rosak akibat bahan kimia itu.
• Misalnya pil “Slim-10” menyebabkan kerosakan hati. Melamin dalam susu di China
• Kerosakan hati amat sukar dirawati.
2007 Tee Hui Yee 14 thn pindah jantung 2 kali. Immunosuppressants. Muhammad Fikri Nor Azmi 17thn
Tambahan pula, tumbesaran kanak-kanak juga akan terjejas.
• Makanan supleman juga boleh menjejaskan tumbesaran seseorang.
• Makanan suplemen mungkin mengandungi bahan kimia berlebihan.
• Makanan ini juga menyebabkan kelebihan zat makanan.
• Kanak-kanak mungkin terdedah kepada masalah kegemukan.
• Akibatnya tumbesaran kanak-kanak akan terbantut.
• Pada kesimpulannya, kini semakin banyak makanan suplemen muncul di pasaran.
• Jika kita tidak berwaspada, bahan itu akan mengancam kesihatan kita.
• Jadi, kita perlulah sentiasa berjaga-jaga agar kesihatan kita tidak terjejas.
• Dalam hal ini, tindakan awal kerajaan penting.

No comments:

Post a Comment