Followers

Peranan Raja Dalam Tamadun Mesopotamia , Mesir & China


Dengan merujuk kepada tamadun Mesopotamia, Mesir dan China bincangkan peranan raja dalam sistem pemerintahan tamadun-tamadun awal .
Pendahuluan :
  • Sistem pemerintahan beraja merupakan suatu sistem pemerintahan yang memberikan kuasa mutlak kepada seorang raja yang selalunya mendakwa mereka menaiki takhta  kerana hak turun temurun iaitu sudah menjadi hak semula jadi mereka dan tidak tertakluk      kepada kuasa parlimen atau institusi tertentu.
  • Raja-raja dianggap sebagai jelmaan tuhan @ bayangan tuhan. Mereka menggunakan ketenteraan, agama dan mitos-mitos tertentu sebagai langkah untuk mengukuhkan kedudukan mereka.
Sejarah pemerintahan beraja :
  • Mesir : Apabila Raja Menes menyatukan Mesir Utara dan selatan telah mengisytiharkan dirinya sebagai raja. Raja-raja Mesir menggunakan gelaran Firaun.
  • Mesopotamia : bermula pada 300M apabila raja-raja mengetuai negara kota seperti Ur, Urech, Kish dll.
  • China : Dimulakan oleh Shih Huang Ti (Dinasti Chin) dengan menggunakan gelaran Maharaja atau Huang Ti.
Isi :
Pentadbiran :
  • Raja adalah ketua negara dan ketua pentadbir. Raja merupakan sumber autoriti dan mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran. Raja dipercayai mendapat mandat dari syurga atau tuhan untuk memerintah sesebuah negara.
  • Raja akan melantik pegawai-pegawai dari kalangan anggota kerabat diraja dan diberi mandat untuk menjalankan tugas-tugas rasmi dalam bidang keagamaan, melayan aduan-aduan rakyat, meraikan duta-duta asing dan hal-hal pentadbiran.
Contoh:
  • Di Mesopotamia : Setiap negara kota ditadbir oleh seorang raja berkuasa mutlak. Setiap negara kota dimiliki oleh dewa yang berlainan. Raja yang memerintah negara kota dianggap menjalankan tugas bagi pihak dewa. Raja dianggap sebagai wakil masyarakat yang dipilih oleh tuhan atau dewa untuk menjalankan pentadbiran negara.
  • Di Mesir : Wazir dilantik oleh Firaun harus mengadap raja setiap hari untuk melaporkan tentang perkembangan negara.
  • Di China : Maharaja melantik pegawai dan memberi mandat untuk menjalankan tugas.
Keagamaan :
  • Raja sebagai ketua agama, ketua paderi atau ketua rumah berhala.
  • Raja bertanggungjawab dan terlibat dalam upacara keagamaan yang dikendalikan oleh golongan bangsawan atau pendeta.
Contoh:
  • Mesopotamia : Antara tugas raja yang dinggap suci ialah membina, memelihara dan mengurus rumah ibadat. Raja mempunyai kuasa mutlak untuk melantik paderi-paderi dan aktif dalam perayaan-perayaan keagamaan. Raja-raja dan putera mereka turut terlibat dalam mengangkut batu-batu bagi membantu kerja-kerja pembinaan rumah ibadat.
  • Mesir : Kedudukan raja sangat berpengaruh. Firaun dianggap sebagai tuhan yang mempunyai kuasa luar biasa yang boleh mengharmonikan kehidupan manusia.
Kehakiman :
  • Raja sebagai ketua hakim dan pengubal undang-undang. Raja berada di atas undangundang dan tidak boleh didakwa kesalahannya.
Contoh :
  • Mesir : Raja bertindak sebagai ketua hakim dan bertanggungjawab menwujudkan keamanan, keselamatan dan keadilan dalam negeri.
  • Mesopotamia : Raja sebagai ketua hakim dan bertanggungjawab mewujudkan keadilan. Raja memastikan golongan kaya dan berpengaruh tidak menindas rakyat miskin dan memastikan rakyat mendapat layanan yang sewajarnya.
  • China : Maharaja mempunyai kuasa tertinggi dan sumber segala undangundang. Maharaja berkuasa mutlak dalam segala hal.
Ketenteraan :
  • Raja sebagai ketua tentera atau ketua panglima tentera.
Contoh:
  • Mesopotamia : Raja adalah ketua panglima tentera. Raja bertindak sebagai ketua tentera dalam peperangan. Selain itu raja bertindak sebagai perancang taktik dan strategi ketenteraan untuk menghadapi musuh dari luar atau peperangan sesama sendiri yang sering berlaku di antara sesama negara kota.
  • Mesir : Raja sebagai ketua panglima perang. Tetapi dalam suasana perang, tentera diketuai oleh wazir bagi pihak Firaun. Firaun digambarkan mempunyai ciri-ciri kepahlawanan, kemahiran dan kekuatan luar biasa dalam medan peperangan dan perancang strategi untuk menewaskan musuh.
Kesimpulan :
  • Tidak wujud pengagihan kuasa dari segi perundangan, eksekutif dan kehakiman dalam tamadun awal. Raja dilihat berperanan dalam semua bidang.
  • Apa sahaja yang berkaitan.

Pemerintahan Beraja Alam Melayu


Bincangkan Ciri-ciri Sistem Pemerintahan Beraja di AlamMelayu
Pengenalan :
  • Pemerintahan dapat didefinisikan sebagai institusi yang menggubal dasar dan peraturan serta melaksanakan keputusan-keputusan yang berkaitan dengan kepentingan awam.Terdapat pelbagai bentuk sistem pemerintahan dalam tamadun awal dunia yang bertujuan mengurus serta mentadbir sesebuah negara,menegakkan undang-undang negara,menegakkan undang-undang dan perpaduan rakyat. Sistem pemerintahan beraja merupakan sistem pemerintahan yang terawal dalam tamadun dunia. Pemerintahan beraja boleh dibahagikan kepada pemerintahan berpusat dan wilayah. Antara kerajaan awal di
  • Alam Melayu yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja adalah seperti kerajaan Angkor, Srivijaya, Melaka, dan Majapahit.Terdapat pelbagai ciri sistem pemerintahanberaja di Alam Melayu sebelum abad ke15M.
Isi-isi :
Raja Sebagai Simbol Kosmos :
  • Raja di alam Melayu sebelum abad ke 15M, adalah berasaskan konsep kosmologis.Raja merupakan simbol kosmos manakala rakyat berada di bawah penguasaannya.Lahir konsep dewaraja. Raja adalah jelmaan dewa Shiva,Vishnu,dan Buddha.Raja mempunyai kuasa suci dan berdaulat. Pemujaan dewa berkembang secara meluas di Alam Melayu pada zaman Hindu Buddha. Cth: Raja Air Langga dan Ken Arok dianggap sebagai penjelmaan dewa Vishnu.
  • Di Srivijaya pula, raja dianggap sebagai penjelmaan Dewa Amoghapasha Avalokitesvara. Amalan pemujaan raja berkembang di Srivijaya dari abad ke 7hingga abad ke 14 M.Rakyat dikehendaki mencurahkan taat setia yang tidak berbelahbagi .Rakyat yang menentang raja akan menerima hukuman sepertiditimpa tulah.
Raja Berkuasa Mutlak :
  • Raja merupakan autoriti tertinggi dalam pemerintahan negara. Raja memerintah dengan kuasa mutlak.Kekuasaan baginda dikukuhkan dengan cara mengaitkannya dengan asal-usul keturunannya dengan tokoh-tokoh terkenal seperti Iskandar Zulkarnain. Raja melebihi undang-undang dan hukuman ditangannya. Raja boleh mengampun kesalahan walaupun yang melakukan kesalahan adalah dirinya sendiri. Raja kekal daripada sebarang hukuman.
Raja Sebagai Ketua Dalam Semua Bidang :
  • Raja bertindak sebagai panglima tentera,ketua hakim,ketua agama dan sebagainya. Dalam bidang ketenteraan, raja bertindak sebagai perancang, dan mengetuai pasukan tentera. Dalam hal-hal keagamaan, raja bertanggungjawab dalam pengurusan rumah ibadat, melantik ketua agama, serta upacara keagamaan. Raja berkuasa penuh dalam bidang kewangan, dan ekonomi seperti pungutan cukai, hasil pertanian, perniagaan dan semua perkhidmatan. Raja dianggap tuan punya tanah.
Raja Sebagai Ketua Eksekutif  :
  • Dalam pentadbiran beraja di Alam Melayu sebelum abad ke 15M, raja merupakan ketua tertinggi dengan dibantu oleh golongan bangsawan. Raja dibantu oleh golongan kerabat diraja yang dilantik seperti bendahara, laksamana, temenggung, syahbandar dan lain-lain di Melaka. Di Srivijaya pula, terdapat jemaah menteri yang menasihati raja dalam perkara yang berkaitan dengan masalah rakyat jelata.
Raja Mempunyai Daulat dan Kesaktian :
  • Raja dianggap mempyai daulat dan kesaktian. Pada zaman Srivijaya, konsep daulat berkembang apabila raja dikaitkan dengan pelbagai mitos tentang asal-usul, jurai keturunan, salasilah serta kelebihan fizikal dan kerohaniannya. Dari segi keturunan, raja-raja dikaitkan dengan dewa-dewa yang dianggap suci. Daulat juga dihubungkan dengan tuah yang dimiliki oleh raja. Apabila keadaan dalam Negara aman dan makmur, maka raja dianggap berdaulat. Rakyat dikehendaki menumpahkan taat setia yang tidak berbelahbagi terhadapnya. Sesiapa yang menentang raja dianggap menderhaka. Penderhaka akan ditimpa tulah dan sumpahan.
Kesimpulan :
Jelaslah bahawa kerajaan-kerajaan awal di Alam Melayu mengamalkan pemerintahan beraja. Sistem beraja di Alam Melayu sebelum abad ke 15M merupakan gabungan sistem tempatan dan pengaruh agama Hindu serta Buddha. Raja berkuasa menggubal undang-undang untuk mengukuhkan kedudukannya, menjatuhi hukuman mati, memegang jawatan penting dan bertindak menurut keperluannya.

Empayar Melayu - Srivijaya


LATAR BELAKANG
  1. Kerajaan Maritim – Ciri-ciri kerajaan Maritim
  2. Keruntuhan Kerajaan Funan – Abad ke 5M
  3. Muncul beberapa Empayar Melayu – Srivijaya, Majapahit, dan Melaka
  • Srivijaya diasaskan oleh Dapunta Hiyam muncul abad ke-7 hingga abad ke-13M. Berjaya mencapai zaman kegemilangan sebagai empayar unggul di Nusantara sebelum Majapahit dan Melaka berperanan sebagai pelabuhan entreport.
  • Kerajaan Melayu Melaka muncul awal abad ke-15M menjadi empayar kukuh di Nusantara dan menjadi pusat perdagangan antarabangsa
  • Srivijaya dan Melaka mengalami kemajuan dalam perdagangan antarabangsa tetapi faktor yang mendorong fenomena tersebut berbeza.

KEMUNCULAN

  1. Muncul pada abad ke 7M. Keunggulan dalam perdagangan dan politik di Alam Melayu  sehingga abad ke-15M (Leonard & Waston Andaya  “Sejarah Malaysia” 1983)
  2. Bukti inskripsi Kedukan Bukit (Palembang) – Pengasasnya ialah Dapunta Hiyam.
  3. Berkembang melalui penguasaan kawasan spt Melayu Jambi (775M),  Kataha/ Kedah Tua (671M),  Negeri2 di kawasan Segenting Kra (775M)
  4. Akhir abad ke 8 menguasai sepenuhnya jalan perdagangan Selat Melaka.

FAKTOR KEMUNCULAN

      Menurut Abdul Rahman Hj Abdullah dalam “Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional”
       (1989) menjelaskan bahawa;
“ kedudukan dan kekuatan mengawal perdagangan, kemudahan2
yang disediakan oleh kerajaan, jaminan keselamatan serangan lanun,
hubungan persahabatan dengan China, kekayaan sumber (hutan & laut)
serta pentadbiran yang cekap menyebabkan kemakmuran Srivijaya”.

  1. Peluasan Kuasa dan Kekuatan Tentera
-          Peluasan kuasa melalui misi2 ketenteraan di Bangka, Tulang Bawang, Minangkabau, dan Tarumangara (Jawa Barat)
-          Penguasaan di Semenanjung Tanah Melayu spt Kedah, hingga Ligor di pantai timur
-          Penguasaan itu menyebabkan Srivijaya menguasai beberapa pusat perdagangan sekunder yang merupakan pelabuhan entrport penting di Selat Melaka spt Jenderam Hilir, Kuala Selising, Kota China dan Lembah Bujang.
                                    -     Sumber China – Abad ke 11M Srivijaya telah menguasai 14 buah pelabuhan utama Asia Tenggara. Penguasaan ini menyebabkan Srivijaya muncul sebagai negara Thallasocracy penting di Asia Tenggara

  1. Penguasaan Orang Laut,
-          Menurut O.W. Wolters dlm buku “Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu” (1990) menjelaskan bahawa kejayaan Srivijaya terletak pada kemampuan pemerintahnya menguasai orang laut.
-     Penguasaan ini penting kerana mereka sering merompak kapal2 yang melalui perairan Selat Melaka.
                                                          Inskripsi Telaga Batu menyebut tentang pemerintah Srivijaya telah mengawal orang laut dengan melantik mereka sebagai tentera laut
-          Menurut Nik Hassan Suhaimi dalam bukunya “ The Kindom of Srivijaya As Socio-Political and Entity” (1990) – seramai 20,000 orang laut dilantik menjadi tentera laut.
                                    -     Ketua2 orang laut juga dilantik sebagai hulubalng dan syahbandar di pelabuhan2

  1. Kekayaan Barangan Dagangan.
                                    -     Kawasan pendalaman kaya dengan damar, rempah, lada, wang-wangian, gading, kemanyan, kapur barus, kayu geharu, cendana, dll.
                                    -     Bahan dari laut – kulit kura2/ penyu, kulit kerang yang diperlukan di China dan Asia Barat.
                                    -     Barang dagangan dari luar spt dari  China – tenbikar, seramik, sutera, dan belerang. Dari Asia Barat spt candu, manik, minyak wangi, permaidani, senjata, alat perhiasan dan alat muzik.
-          Oleh itu srivijaya telah memainkan peranan sebagai;
-                      Tempat persinggahan kapal dagang.
-                      Pusat pengumpulan & penyebaran
-                      Pusat pengagihan barang dagangan.

  1. Peranan Tuhan Vatakvurah (penyelia Perdagangan)
-    Berperanan mengawasi kegiatan Puhawang (anak kapal) dan Vaniaga (pedagang)  tempatan yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa.
      -    Menetapkan harga dalam pasaran dan menyediakan kemudahan pedagang.
      -    Memungut hasil cukai perdagangan kepada kerajaan pusat.

5.   Sistem Pentadbiran Yang Cekap & Sistematik,
      -    Gambaran inskripsi Telaga Batu jelas perlihatkan Srivijaya mempunyai sistem pentadbiran yang bersistematik dan teratur.
      -    Srivijaya merupakan sebuah Kedatuan (empayar) yang dibahagikan kepada beberapa Mandala. Mandala ini ditadbir oleh Datu (anak raja – Yuvaraja, Pratiyuvaraja, Rajakumara, dan Rajaputra).
      -    Datu akan dibantu oleh Parvanda (ketua tentera). Parvanda dibantu oleh Senapati (peminpin tentera daerah/ wilayah) dan Pratisara (komander tentera)
-  Pegawai2 pentadbir lain spt Dandanayaka (hakim) Nayaka (Penghulu Bendahari), Pratyaka (Temenggung),  Murdhaka (penghulu) Tuhan Vatakvurah  (penyelia perdagangan) dan Kumaramatya (orang kaya-kaya)
-  Kelas pekerja spt Kayastha (kerani), Sthapaka (arkitek), Puhawang (anak kapal), Vaniaga (pedagang), Vasikarama (tukang besi) Marsi Haji (tukang cuci raja) dan Hulun Haji (hamba raja)


  1. Pusat Pengajian Agama Buddha.
-     Memainkan sebagai pusat pengajian agama Buddha di Asia Tenggara, India dan China.
      -     Raja2 Srivijaya juga telah memberi bantuan utk membina kuil-kuil di India. Cth pada 949M Raja Rajaputradeva telah membina sebuah kuil di Nalanda (India)
      -     Sumber China menurut Leonard & Watson Andaya dalam buku “Sejarah Malaysia” menjelaskan bahawa raja Srivijaya membina sebuah kuil Tao di Canton.
-     Menurut I-Ching (mubaligh Buddha) dari China telah melawat Srivijaya pada 671M. Beliau menyebut ada sekumpulan 1000 orang sami belajar di Srivijaya.
      -     Jelas menurut Leonard & Watson Andaya – “Sejarah Malaysia” bahawa raja2 Srivijaya telah menggunakan kekayaan dari perdagangan utk membiayai pengajian agama dan membina yayasan-yayasan agama Buddha.

FAKTOR KEMEROSOTAN.
1.                  Mula mengalami kemerosotan pada abad ke 12M apabila negeri2 jajahan mula membebaskan diri daripada kerajaan pusat apabila kerajaan pusat sudah mula hilang cengkaman dan pengaruh keatas negeri2 jajahan.
2.                  Srivijaya juga mula menghadapi ancaman dari Empayar Majapahit dan Jawa Timur.
3.                Permusuhan dengan Dinasti Chola (India Selatan) telah menyebabkan mereka menyerang dan menawan Raja Srivijaya pada 1025M
4.                  Kemunculan kerajaan baru seperti Melayu-Jambi telah menyebabkan kerajaan Srivijaya lenyap pada abad ke 14M

KESIMPULAN
 .
  • Kemunculan empayar-empayar ini adalah kerana kejatuhan empayar-empayar yang  lain pada masa itu.
  • Namun setiap empayar telah menyumbangkan kepada pembangunan Negara dan bangsanya.

Laras Sains - Makanan Suplemen


Pengambilan makanan suplemen seperti pil-pil vitamin semakin popular di kalangan masyarakat dewasa ini. Sebenarnya, ada golongan tertentu yang memang memerlukannya. Akan tetapi, pengambilan tanpa rujukan pakar kesihatan mungkin membawa risiko kesihatan tertentu.
Berikan pendapat anda.
 Pengambilan makanan suplemen seperti pil-pil vitamin semakin popular di kalangan masyarakat dewasa ini.
 Sebenarnya, ada golongan tertentu yang memang memerlukannya.
 Akan tetapi, pengambilan tanpa rujukan pakar kesihatan mungkin membawa risiko kesihatan tertentu.
1. Golongan yang sibuk memang memerlukan makanan suplemen demi menjamin kesihatan.
 Golongan ini kekurangan senaman dan aktiviti riadah.
 Mereka juga sentiasa makan di luar kerana tiada masa menyediakan makanan sendiri.
 Maka mereka menghadapi masalah kekurangan zat makanan yang seimbang.
 Pengambilan Omega fish oil melidungi seseorang daripada menghidapi sakit jantung.
 Evening promrose oil mengimbangi hormon wanita yang sibuk.( tak cukup rehat/senaman/ keawetan wajah, cegah ketuaan)
 Pil-pil vitamin menjadi pelengkap kepada amalan pemakanan yang tidak seimbang.
 Satu kapsul vitamin mengandungi nutrien daripada 20 jenis sayur dan 15 jenis buah-buahan.
2. Pesakit juga perlukan makanan suplemen untuk memulihkan penyakit mereka.
 Pesakit barah memerlukan makanan suplemen berkhasiat tinggi.
 Mereka juga memerlukan makanan fiber tinggi.
 Pesakit goiter kekurangan khasiat makanan laut.(anemia: besi…
 Badan mereka juga kurang berupaya menyerap khasiat makanan laut.
 Jadi, makanan suplemen yang kaya dengan iodin penting.
 Pesakit tekanan darah tinggi pula memerlukan Tongkat Ali, Ling Zhi, Gin sheng dsn.
 Dengan makanan suplemen ini, pesakit akan lebih cepat sembuh.
Osteoporosis / archritis perlukan besi(ferum), kalsium, fosferus, kalium, garam mineral.
 Pesakit beri-beri kekurangan vitamin B. vitamin B perlu diambil dengan banyak.
3. Makanan suplemen menjamin tumbesaran normal dan meningkatkan daya pencegahan penyakit.
 Osteoporosis disebabkan tulang lemah, rapuh dan senang patah.
 Pengambilan kalsium seharian yang mencukupi membina tulang yang kuat.
 Kadar kehilangan jisim tulang dapat dielakkan.(Anlene, Calciumax
 Multivitamin dan susu tepung formula(Enflagrow) menjamin tumbesaran sel-sel otak kanak-kanak yang normal. /meningkatkan kecerdasan otak……
 Sisa dan toksid makanan yang diambil juga boleh dibersihkan melalui makanan suplemen seperti barangan 21st Century.
 Bakteria sihat dapat membersihkan toksid dalam kolon/usus kita.
 Jika tidak toksid itu akan meresap ke seluruh sistem badan kita.
 Makanan kaya dengan fiber, dan sumber sayur-sayuran serta buah-buahan juga penting.
 (enzim membantu penghadaman, spirulina
 Dengan ini, daya tahan penyakit akan meningkat.
Isi Negatif 1. Pengambilan bahan ini tanpa rujukan pakar kesihatan boleh menyebabkan keracunan.
• Sesetengah orang mungkin tidak sesuai mengambil makanan suplemen tertentu.
• Makanan yang mengandungi bahan garam mineral yang berlebihan boleh menyebabkan sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit dan pening.
• Pil-pil vitamin tertentu pula menyebabkan pengambilnya muntah-muntah dan badannya muncul bitik-bintik merah.
• Pengambilan dos/kuantiti yang berlebihan ini merosakkan sistem saraf dan fikiran seseorang.
• Daya ingatan mereka juga semakin merosot.
• Lebih serius lagi ialah mangsa mungkin menemui ajal.
Isi Negatif 2. Kerosakan organ juga boleh berlaku jika pengambilan bahan ini tanpa nasihat pakar.
• Ramai wanita kini mengambil pil langsing badan.
• Kononnya mahu menjaga kesihatan dan kecantikan bentuk badan.
• Dengan makanan suplemen ini kononnya sudah cukup menggantikan makanan normal.
• Malangnya, ramai orang mati kerana organ badan mereka rosak akibat bahan kimia itu.
• Misalnya pil “Slim-10” menyebabkan kerosakan hati. Melamin dalam susu di China
• Kerosakan hati amat sukar dirawati.
2007 Tee Hui Yee 14 thn pindah jantung 2 kali. Immunosuppressants. Muhammad Fikri Nor Azmi 17thn
Tambahan pula, tumbesaran kanak-kanak juga akan terjejas.
• Makanan supleman juga boleh menjejaskan tumbesaran seseorang.
• Makanan suplemen mungkin mengandungi bahan kimia berlebihan.
• Makanan ini juga menyebabkan kelebihan zat makanan.
• Kanak-kanak mungkin terdedah kepada masalah kegemukan.
• Akibatnya tumbesaran kanak-kanak akan terbantut.
• Pada kesimpulannya, kini semakin banyak makanan suplemen muncul di pasaran.
• Jika kita tidak berwaspada, bahan itu akan mengancam kesihatan kita.
• Jadi, kita perlulah sentiasa berjaga-jaga agar kesihatan kita tidak terjejas.
• Dalam hal ini, tindakan awal kerajaan penting.

cara mengenalpasti jenis graf dalam soalan bahagian D

1. GRAF BAR PIRAMID
gambar hiasan

*terdapat 3 elemen dalam soalan dan 1 elemen mesti berpasang.
Contoh soalan :Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005
Elemen :
1. nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih.
2. Tahun 2004
3. Tahun 2005
Elemen berpasang :
1. jenis barangan

2. negara-negara

2. GRAF BAR GABUNGAN

gambar hiasan

*terdapat 2 elemen dan nilai yang berbeza
Contoh soalan :Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.

Elemen :
1. Kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. Harga petroleum mentah
Nilai :
1. nilai untuk kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. nilai untuk harga petroleum mentah

Tips pemilihan media:

GRAF GARIS SAMA SAHAJA
graf garis.perbandingan atau kompaun- pola,perubahan , aliran turun naik, petunjuk,indeks, trend petunjuk



GRAF BAR ADA 2 :
1.GRAF BAR KOMPAUN



gamber hiasan


kata kunci graf bar kompaun - bilangan, kuantiti, kebiasannya nilai, pengeluaran peratus @ kadar
-tidak diberikan jumlah
-paling banyak ada 5 sektor & 4 tahun


2.GRAF BAR KOMPENEN
gambar hiasan
kata kunci graf bar komponen - kumulatif @ jumlah
-sektor lebih daripada 5


GRAF BAR MEMESONG
gambar hiasan
kata kunci graf bar memesong - % perubahan